Wednesday, June 11, 2008

petua:Cengkih matikan ulat



Mungkin disebabkan perubahan cuaca, saya dapati sekarang ini bakul cepat sangat berulat jika ada sisia makanan didalamnya. kadang2 tak sampai sehari, hanya semalaman ulat2 sudah merenyut2 dalam tong sampah. Ulat2 ini amat cepat membiak jika ada sisa daging ayam/ikan mentah. Rupanya bukan saya seorang mengalami hal ini, jiran2 juga begitu. Sampah mesti dibuang secepat mungkin.

Biasanya tong-tong sampah akan berulat pada hari Isnin. Ini kerana jadual kutipan sampah ialah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Sampah pada hari sabtu akan terbiar 2 hari dan inilah punca bau dan ulat2 yang melata tak terkira banyaknya. Bagi tong-tong sampah di luar rumah, hal ini tidaklah begitu merunsingkan. tetapi bila tong sampah di dalam rumah berulat sehingga terkeluar dari tong dan merayap2 atas lantai, tentulah ianya bukan sahaja menjijikkan malah menggelikan.

Baru2 ini kakak saya dapat petua secara tak sengaja. Waktu itu ulat2 sudah mula merayap hingga atas tong. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat2 tu.Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa2nya ulat yg kena serdak cengkih sudah mati.Saya masih belum cuba kaedah ini, insayAllah jika ada lagi ulat2 dalam tong sampah saya akan cuba taburkan cengkih yg telah ditumbuk.

2 comments:

Rahmalhay said...

Satu cara lagi ialah,dengan sedikit chloroc pencuci baju,atau buat persiapan dgn 1/3 chloroc kedalam botol semburan(spray bottle)selepas siang ikan tadi,segala sisanya bubuh dalam pelastic sembur kedalam plastic tersebut dua tiga kali,dan beres tidak berbau dan tidak ada ulat dan baik juga untuk sembur bilik air yang berbau.

Anonymous said...

thnksss!!!s membantu.. :D